Rabu, 9 November 2016

Abah Dijemput Ilahi


18 Oktober 2016
4:40 am (Selasa)

Ya Allah Maha Suci Mu Ya Allah
Kau memberikan kami kehidupan dan kematian. 
Maka kami hambaMu menerima ketentuan Mu Ya Allah..
Sesungguhnya kesejahteraan yg Kau beri
bila-bila masa pun Kau tarik balik dari kami.
Aku redha ya Allah dengan ketentuan Mu dan aku berusaha perbaiki diri.. 
menjadikan diri sangat kuat dan harus kuat menempuh dugaan Mu Ya Allah..

Rindu ku pada abah.. hanya Allah yg tahu.. 
gegar jiwa bila setiap detik dan waktu sentiasa akan memenuhi ruang dan masa.. 
senantiasa wajah abah bermain di minda..

Melihat abah dari sakit perut biasa.. 
sehingga sikit sikit kesihatannya sangat mendukakan aku.. 
berdoa agar Allah sembuhkan abah kembali sedia kala..
Namun Allah telah menentukan.. 
Jiwa aku kosong bila doktor. 
Khabarkan organ dalaman abah rosak dan tak mampu menerima antibiotik yg diberikan..

Menangis aku semahunya..
Tiada siapa di sisi aku untuk memberi semangat.
Aku hadapi seorang diri..
Suami menjaga anak di rumah..
Adikku baru saja pulang dari menjaga abah diwaktu malam..
Abang aku kerja..
Dan aku tabahkan diri berhadapan dgn abah yang semakin tenat.
Abah mengadu kenapa tiub kencing ini Doktor tutup..
sedangkan abah dah tak boleh kencing dengan baik kerana saluran nya telah tersumbat..
Aku hilang kata-kata.. aku menangis di balik tabir..

Sehinggalah malam isnin dan pagi selasa
 Abah akhirnya menghembuskan nafas yg  terakhir pada 4:40 pagi 18 Oktober 2016.
Abah dah tiada dalam dunia aku..
Abah dah pergi meninggalkan kenangan nya bersama aku..
Semoga Abah tenang di sana dan Allah perlihara Abah di sana.
Al-fatihah
Amin


Tiada ulasan: