Isnin, 28 Disember 2015

Bercuti & Memancing Di Teratak Malaya, Janda Baik, Bentong, Pahang.


Percutian kali ni di taja oleh adik.. tapi sedih sikit sebab ikan tak makan umpan.. 

Apa pun kami happy sangat.. tempat ni cantik dan menenangkan..


TQ kepada penaja kami.. hihihi ada masa belanja lagi.. 



Chalet ni besar.. Katil Single ada 3 dan Katil Queen ada 2..  TV Ada Astro, ada peti sejuk dan tempat BBQ. 

                    
 
Kemudahan kat sini memang A tapi tak semua Chalet Teratak Malaya ada kemudahan Astro dan Peti Sejuk.. sebahagiannya saja.. 

Kawasan mandi manda yg cantik hanya di sini sajer.. yg lain di penuhi semak dan daun daun kering... harap pihak resort lebih prihatin dengan keadaan sungai. Kawasan ni boleh lagi di beri perubahan.. contoh dalamkan sungai ni sikit.. alihkan batu batu.. wujudkan kolam yg membolehkan org dewasa berenang.. baru lah lebih menarik.. 

Kolam ikan ada lebih 2 tapi mcm sunyi tak berapa banyak ikan yg ada.. 

Ikan lampam ke ni.. tak tahulah tapi ni abah pancing kat sungai.. 

Abah repeat kat kolam.. malam tu dekat 2 pagi.. tapi tak ada yang sangkut..

Dah nak balik.. kemas kemas..

Sesekali nak menjobo.. 
Dewan sangat besar.. sesuai untuk aktiviti family day..

Chalet yang kami sewa. Harga RM300 satu malam. Puas hati ada macam-macam. 

Kaunter belum siap.. sedang renovation..
so sesiapa yang berminat buat Kursus @ Seminar di sini memang cantiklah.. banyak chalet disediakan. Boleh terus hubungi di talian 019-6888 240 @ 019-919 2040.. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...