Isnin, 28 Disember 2015

Bercuti & Memancing Di Teratak Malaya, Janda Baik, Bentong, Pahang.


Percutian kali ni di taja oleh adik.. tapi sedih sikit sebab ikan tak makan umpan.. 

Apa pun kami happy sangat.. tempat ni cantik dan menenangkan..


TQ kepada penaja kami.. hihihi ada masa belanja lagi.. 



Chalet ni besar.. Katil Single ada 3 dan Katil Queen ada 2..  TV Ada Astro, ada peti sejuk dan tempat BBQ. 

                    
 
Kemudahan kat sini memang A tapi tak semua Chalet Teratak Malaya ada kemudahan Astro dan Peti Sejuk.. sebahagiannya saja.. 

Kawasan mandi manda yg cantik hanya di sini sajer.. yg lain di penuhi semak dan daun daun kering... harap pihak resort lebih prihatin dengan keadaan sungai. Kawasan ni boleh lagi di beri perubahan.. contoh dalamkan sungai ni sikit.. alihkan batu batu.. wujudkan kolam yg membolehkan org dewasa berenang.. baru lah lebih menarik.. 

Kolam ikan ada lebih 2 tapi mcm sunyi tak berapa banyak ikan yg ada.. 

Ikan lampam ke ni.. tak tahulah tapi ni abah pancing kat sungai.. 

Abah repeat kat kolam.. malam tu dekat 2 pagi.. tapi tak ada yang sangkut..

Dah nak balik.. kemas kemas..

Sesekali nak menjobo.. 
Dewan sangat besar.. sesuai untuk aktiviti family day..

Chalet yang kami sewa. Harga RM300 satu malam. Puas hati ada macam-macam. 

Kaunter belum siap.. sedang renovation..
so sesiapa yang berminat buat Kursus @ Seminar di sini memang cantiklah.. banyak chalet disediakan. Boleh terus hubungi di talian 019-6888 240 @ 019-919 2040.. 

Khamis, 24 Disember 2015

Resepi Donut


Bahan2
3 cawan tepung 
1 cawan air suam 
1 paket 11g Yis 
1 biji telur 
3 sudu susu pekat
3 sudu besar marjerin
6 sudu gula

Cara2 
Yis campurkan dalam air suam,  gula, susu
kacau dan biarkan sampai berbuih,
lepas berbuih campurkan telur yg dah dipukul.
sementara tu ramas marjerin dgn tepung.
Kemudian campur bancuhan tadi dalam tepung,
 gaul sebati sampai tak melekat
jadikan doh..
 simpan doh 40 minit 
dalam bekas ditutupi kain lembab
 lepas 40 minit
 doh kembang 
tumbuk bagi hilang angin
 lepas tu buat bulat bulat 
biarkan 10 minit doh kembang
  buat lubang dan goreng
 boleh toping dengan nutella, gula @ madu. 


Happy Anniversary Sayang.. 11 Tahun Bersama.

Walaupun saya diuji pada tahun 2015 dengan hebat, Allah telah menjadikan tahun ini tahun yang banyak memberi pengajaran dan kekuatan buat diri saya... saya bersyukur.. 

25 Februari 2015.. saya telah kehilangan abang sulung.. Akibat kemalangan jalan raya.. 

25 Ogos 2015.. ibu mertua saya pula dijemput Ilahi.. Dugaan bagi saya dan suami.. Berakhirnya penderitaan ibu mertua saya yang terlantar sakit lebih 10 tahun yang lalu. 

24 Disember 2015.. genap 11 tahun menjadi suami isteri.. kami bahagia.. kami dapat harungi kehidupan sebagai suami isteri dengan persefahaman.. dengan kasih sayang.. walaupun kadang-kadang geram.. hahaha.. 

Saya terima seadanya.. dan bersyukur 'papa' terima 'mama' seadanya.. Semoga kasih nan abadi kita lebih utuh sehingga akhirnya.. sama-sama bertanggungjawab menjaga abah dan ayah.. 

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan sayang.. Kenangan Tsunami 11 tahun yg lalu sentiasa di hati kita.. 

Isnin, 21 Disember 2015

Ajlaa Village Resort, Hulu Langat Untuk Si Kaki Pancing

Mancing bersama anak bini memang susah sikit lah.. kena cari tempat yang strategik dan selamat.. kepada penghobi memancing mereka kena pandai cari tempat tempat menarik dan boleh lawati serta menjadikan hobi mereka terlaksana.. sambil anak bini di depan mata..
 
So Ajlla Village Resort ni memang sesuai sangat dengan pencinta joran. Kami ni  suka suka jer.. sebab joran pun kami takde.. harapkan adik saya jer.. 1 joran dicas RM10.. kami bawa 3 joran. lepas mancing kita timbang sekilo RM12..bergantung kepada jenis ikan.. ikan paling mahal ikan patin buah RM200, yg banyak kami dapat ikan talapia bunga.. lepas tu kita masak dan makan ikan segar.. 
Ok chalet RM120 ada, RM130 pun ada.. RM200 pun ada.. yang depan kolam mahal sikit.. tapi tak bestnya tandas kat luarlah.. kemudahan seperti selimut, tuala, tempat memasak, kedai runcit, tidak disediakan di sini. So mana yg takde tu lengkapkan sendiri sebelum datang ke sini. 
 
Selimut dan setokin perlu sebab malam di sini mencecah 22°c walaupun hanya berkipas. Swimming pool sangat sesuai untuk merasai kesejukan air bukit, anak anak pun happy.. 
Malam tu kami rembat pulak ikan keli.. memang terbaik.. lebih 25 ekor ikan keli kami dapat dengan hanya berumpankan roti.. Siang tu kami buat makan tengahari.. 
 
Cuma satulah untuk beberapa chalet tidak disediakan bilik air di dalamnya.. tandas di luar menyukarkan utk kita buang air tambahan malam amat sejuk. So anak2 nak ke tandas kena berteman sbb jarak tandas sgt jauh dan menyukarkan.Terpulang pada anda yg ingin melepaskan gian memancing.. tangkap dan lepaskan.. itukan satu kenikmatan. Tak kisahlah..
So kalau nak datang sini.. hubungi En. Jalal 017-293 1955 atau pun Along 012-622 8726..
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...