Sabtu, 21 Mac 2015

Memancing Di Kolam Hulu Langat



Tak perlu bayar joran.. mcm kolam kolam lain.. cuma perlu kira timbang ikan yang diperolehi saja.  Tempat ni kolam semata.. takde kemudahan tempat duduk dan bumbung.. kena bawa kerusi kecik atau tikar.. 

Abah saya.. 



umpan udang hidup yg di dapati di tepi kolam..

Ikan lampam.. lebih 10 ekor dapat dinaikan tapi kami lepaskan sebab tak berani makan banyak tulang..

Ikan talapia merah... besar dan berat sekilo.. sekilo RM15.. kami dapat 4 kilo.. lepas siang kami goreng sambil berkelah di tepian Sungai..

Adik yang rekemenkan tempat ni.. memang terbaik dan puas hati.. 

Sabtu, 14 Mac 2015

Seperti x berlaku apa apa

Kehidupan seperti biasa, namun hati tetap kata dia masih ada.. Dia masih bersama keluarga dan masih menjadi sebahagian dari kami.. Dia memang sentiasa sibuk tak ada masa bersama kami.. Aku masih merasakan perasaan itu.. 

Walaupun kadang kadang perasaan sebenar muncul memberitahu bahawa perasaan yang itu adalah palsu.. Sukar untuk terima bila perasaan itu datang dan perasaan itu akan muncul bila mana aku berseorangan. 

Walaupun pedih untuk aku terima tapi itulah hakikat sebenarnya yang haruskan aku terima.. Entah kenapa mencurah curah airmata ini tatkala mendengar lagu InsyaAllah dari Maherzain.  Kembali pada Allah yang menciptakan dan yang memberi ujian. 

Gambar hari raya tahun 2013 konvoi balik kg dan bermalam di Port Dickson.. Yang terakhir kami. 

Ahad, 8 Mac 2015

Status arwah



Status beberapa minggu arwah sebelum pergi buat selama- lamanya.. Semoga Allah ampuni dosa dosanya dan tempatkan dikalangan orang orang beriman.. 

Damaimu di sana abangku bersama anakmu dan bondaku selamanya.

Alfatihah.. 






Rabu, 4 Mac 2015

Perginya Abang Longku

25 Februari 2015
5:05 pm 

Dalam tak sedar aku kehilangan seorang abang.. Kehilangan sebutir permata keluarga yang amat berharga.

Abah dan aku langsung tak boleh terima berita duka ini. Abah menangis dan menangis tanpa henti. Mujur ada mak muda yang banyak memberi semangat dan kekuatan. 

Aku tahu abah sangat sayangkan anak sulung dia. Abah bangga dengan kejayaan abang sulung aku sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya.. 

Aku dan adik beradik juga tumpang bangga dan gembira dengan kejayaannya. Tapi Allah telah tetapkan kehidupannya berakhir sebegitu cepat saat ramai kenalan yang sayangkan arwah. 

Begitu sahaja terus menyentap semua ahli keluarga dan sahabat. Dengan berita duka ini, semoga abah, isteri dan seluruh keluarga kami tabah menghadapi kenyataan ini.. 

Kenyataan yang membuatkan kami tidak boleh terima. Siapalah kami untuk menidakkan ketentuan Allah. Allah maha berkuasa dan maha mengetahui. 

Semoga Allah mengampunkan dosa dosa kami.. Semoga roh dirahmati dan sejahtera abadi selamanya.. 

Alfatihah.. 

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...