Rabu, 24 Disember 2014

Happy Anniversary (24/12/2004-24/12/2014)

Ya Allah aku bersyukur kerana Kau memanjangkan usia perkahwinan kami ini.. 

10 tahun yang lalu.. Kami disatukan dalam keadaan berbagai dugaan.. Namun Allah memanjangkan usia perkahwinan ini. Alhamdulillah terasa betapa susahnya hidup tanpa salah seorg di sisi walaupun hanya untuk satu hari.. 


Semoga Allah menjadikan kami pasangan yang sentiasa memelihara hubungan agar diredhai Allah.. 

Khamis, 18 Disember 2014

@ Teluk Bidara, Dungun, Terengganu


Macm biasa tak boleh mandi, tengok aje.. Laut bergelora musim tengkujuh tapi memang mendamaikan bunyian ombak di sini.. 

Bendera merah dah dipacak.. Bahaya! 

@ Gambang Water Park


Best sangat berholiday bersama.. Yang paling penting DeqNa happy. 

@ Dungun, Terengganu

Belakang rumah Pantai Sura.. Memang cantik tapi dilarang mandi.. Ombak adalah sangat kuat.. Bahaya.. 



Menikmati makan pagi.. Nasi Dagang.. Buatan Kak Rahimah yang memang sedap sangat.. 

Rabu, 3 Disember 2014

Selamat Tinggal BPAS, JANM

Setelah 13 tahun di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.. 26 September 2014 adalah tarikh terakhir aku bertugas di Bahagian Pengurusan Amanah dan Sekuriti.. Akhirnya aku meninggalkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.. 

Kenangan pahit manis di sini tetap akan jadi kenangan buat aku sehingga akhirnya.. Memang aku dah bersedia untuk meninggalkan BPAS.. tapi itu kata mulut pada hati tetap masih sukar menerima kenyataan. 

Namun masih ada kenangan yg boleh aku bawa pergi memandangkan BPAS tidak seperti dulu.. Sahabat baik semua dah bertukar.. Tiba pula kini giliran aku.. Aku redha.. Dan sampai bila aku masih di sini.. Lama lama hati sudah boleh terima kenyataan dan aku kini di tempat baru.. Ye kenalan baru.. Staff baru.. Suasana keje baru..  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...