Rabu, 24 Disember 2014

Happy Anniversary (24/12/2004-24/12/2014)

Ya Allah aku bersyukur kerana Kau memanjangkan usia perkahwinan kami ini.. 

10 tahun yang lalu.. Kami disatukan dalam keadaan berbagai dugaan.. Namun Allah memanjangkan usia perkahwinan ini. Alhamdulillah terasa betapa susahnya hidup tanpa salah seorg di sisi walaupun hanya untuk satu hari.. 


Semoga Allah menjadikan kami pasangan yang sentiasa memelihara hubungan agar diredhai Allah.. 

Khamis, 18 Disember 2014

@ Teluk Bidara, Dungun, Terengganu


Macm biasa tak boleh mandi, tengok aje.. Laut bergelora musim tengkujuh tapi memang mendamaikan bunyian ombak di sini.. 

Bendera merah dah dipacak.. Bahaya! 

@ Gambang Water Park


Best sangat berholiday bersama.. Yang paling penting DeqNa happy. 

@ Dungun, Terengganu

Belakang rumah Pantai Sura.. Memang cantik tapi dilarang mandi.. Ombak adalah sangat kuat.. Bahaya.. 



Menikmati makan pagi.. Nasi Dagang.. Buatan Kak Rahimah yang memang sedap sangat.. 

Rabu, 3 Disember 2014

Selamat Tinggal BPAS, JANM

Setelah 13 tahun di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.. 26 September 2014 adalah tarikh terakhir aku bertugas di Bahagian Pengurusan Amanah dan Sekuriti.. Akhirnya aku meninggalkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.. 

Kenangan pahit manis di sini tetap akan jadi kenangan buat aku sehingga akhirnya.. Memang aku dah bersedia untuk meninggalkan BPAS.. tapi itu kata mulut pada hati tetap masih sukar menerima kenyataan. 

Namun masih ada kenangan yg boleh aku bawa pergi memandangkan BPAS tidak seperti dulu.. Sahabat baik semua dah bertukar.. Tiba pula kini giliran aku.. Aku redha.. Dan sampai bila aku masih di sini.. Lama lama hati sudah boleh terima kenyataan dan aku kini di tempat baru.. Ye kenalan baru.. Staff baru.. Suasana keje baru..  



Selasa, 14 Oktober 2014

Birthday Nana 25 September 2014




Baru baru ni buat Birthday tuk anak kedua tersayang.. Layan kan aje apa yg dia nak... Inilah anak inilah ibu.. Kalau boleh nak penuhi segala permintaan anak. Anak yg sorg ni pandai minta apa yg dia rasa nak.. Yg sulung tak pandai minta.. Adik dapat baru terasa nak juga.. 

Rabu, 7 Mei 2014

Happy 7th Birthday Kyra Syakira

 
Sesungguhnya mama sangat beruntung dianugerah kamu sebagai anak.. Manja dan sangat memahami walaupun hatimu ada sedikit cemburu kerana kehadiran adikmu tapi mama tahu Kyra anak mama yang sangat memahami dan selalu membantu..
 
Bahagianya mama bila Kyra hadir dalam hidup mama & papa.. Semoga Kyra jadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidup.. Mama akan sentiasa mendoakan anak mama ini. Moga Kyra akan membesar dalam keadaan serba cukup dan bahagia bersama kita satu family.

Sabtu, 26 April 2014

26 April 2014 - Pernikahan Adik Lelaki











Semoga Allah merahmati kamu berdua.. semoga kasih sayang tetap subur di hati selama-lamanya..

Walaupun hari bahagia mu aku tidak bersama.. Doaku sentiasa bersamamu..


Khamis, 27 Mac 2014

@ Pulau Perhentian

 
 
 
Cantiknya pemandangan pantai yang cukup jernih..
 
 
 
Berkumpul tuk naik boat ke  6 Destinasi.. Keliling Pulau Perhentian..
 
 
Atas boat salah satu destinasi Rumah Api..

 
Jeti

Day 1st Perhentian Island

Jejak kaki di sini.. Ya Allah cantiknya pantaimu Pulau Perhentian.. Allah ciptakan. 

Naik bot memang melambung sakit badan tahu tak.. 

Jam 2:10 pm

Sesampai saja.. Walaupun problem pasal bilik.. Tapi tak kisah sbb dah lapar sgt daddy terus ajak kitorg mkn tengahari.. So mkn direstoran Amelia.. Ambik ko pataya di sini RM10 ok..USA RM14.. Lunch RM50. 

Masa mkn direstoran kaki dah main pasir pantai.. Mmg best.. Lepas mkn terus sambung pasal bilik.. Check in kul 3 ptg..

Pasal bilik cam bengang juga sbb agensi tu bg bilik standrd padahal dlm rekod kata dpt bilik deluxe.. Takpe lah.. So cam susah sikit bilik kecik.. Extra bed cam x muat pastu kena tambah rm50 tu bed @ pindah ke deluxe tambah RM47.. 1 mlm. Hahaha cam pelik tak? Akhirnya.. Selesai tanpa bayar apa2 tambahan.. Selesa dan   Menjimatkan.. 

Jam 3:50 pm

Lepas dapat bilik.. 
Apa lagi solat jamak dan mandi bersihkan diri, relax.. 

Jam 5:00 pm
Jom ke laut kita.. Pantai memang cantik.
Air jernih.. Bermain dengan ikan yg sangat sangat peramah.. Apalagi diberi mkn.. Kyra yg takut ikan.. Sampailah pukul 8:00 mlm berendam.. 

Jam 8:30 pm
Dinner kat Resort je, BBQ  RM60.. Lepak sampai kul 10:30 pm pastu jalan2 tepi pantai.. 




Selasa, 25 Mac 2014

Pray 4 MH370


Sebelum menjamah sarapan pagi tadi sempat juga kami berdoa untuk MH370.. Kredit to Mr. Romie

Allah Lebih Mengetahui.. #MH370

Salam takziah kepada Ahli keluarga kepada anak kapal dan penumpang MH370 yang telah disahkan oleh PM telah terhempas di Selatan Lautan Hindi..

Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yg beriman.. Allah Maha Mengetahui.. Dialah yg mencipta kamu dan Dialah yg menentukan kejadian ini tertulis. 

Sejak 8 Mac 2014 sehingga hari ni 24 Mac 2014.. Sentiasa berdebar menanti berita tentang kehilangan pesawat ini.. Hari ini hari ke 17, pesawat disahkan terhempas di Selatan Lautan Hindi.. 

Hari ini dalam sejarah..  

Ahad, 9 Mac 2014

Belajar buat Muffin

Bahan bahan: 

4 biji telor ayam
1cawan gula
125 g Mentega
1 sudu kecil vanila
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk penaik



I


Letak jem untuk rasa yg lebih menarik.. 
 

Dah siap.. 


Sedap sangat.. 

Ahad, 26 Januari 2014

Ke Viva kita..


Layan anakanak .. Dorg perlu dibawa jalanjalan sebulan 3x baru happy.. Hehehe bukan anak je.. Mama dia pun kena bawa sekali..



Hahaha bukan jauh pun.. Ke sini je cukup.. Merehatkan minda bila buat window shopping ken.. 


Kali ni keluar nak pakai tudung.. Aku tak kisah.. Dah lama dah beli tudung ni dekat 2 tahun.. Dorg x layan pun nak pakai.. Hari ni pulak baru nak sibuk pakai.. Pakailah.. Aku yg leceh bila tgh jalanjalan kata nak buka.. Panas pastu simpan hbag aku, buat penuh.. Kali ni warning dorg.. Kalau pakai, pakai sampai balik.. Jgn buka! 

Rabu, 15 Januari 2014

Hantaran Tunang Sukri

Dah Tunang

Rasa dah lama sangat tak buat seni gubahan ni... untuk majlis pertunangan adik..  Simple jer.. 








Ha ni tukang kacau.. Menyibuk ajer





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...