Selasa, 30 Oktober 2012

Persiapan lagi...

Persiapan perkahwinan macam biasa, masih lagi dalam persediaan untuk majlis. Harap perjalanan majlis lancar dan diredhai Allah..

1. Baju Nikah   - Sudah

2. Baju Sanding - Sudah

3. Wang Hantaran - Sudah bank in

4. Hantaran 5 Dulang - Dalam Proses 80%
 
 a) Sejadah
 b) Telekong
 c) Kek Lapiz  - Ehsan dari Cik Gee
 d) Cincin
 e) Coklat


Inilah hasil kerjatangan aku untuk hantaran 5 dulang ini.. harap sedaplah mata memandang, memandangkan aku bukanlah pandai sangat dalam hal ni.. lagi pulak buat sekali-sekala.. belasah jelah..



5. Bilik Pengantin - Belum

Itu saja buat setakat ini.. yang lain akan difikirkan kemudian.. 

Rabu, 24 Oktober 2012

Jemputan kahwin sempena cuti sekolah

Entah dapat pergi ke tidak, tunggu dan lihat...


Majlis Farah Jalilah Jamaluddin bekas staff kat BPAS di Sri Manjung, Perak


Majlis Rizwan bekas staff BPAS, Majlis kat Seremban, N. Sembilan


Majlis anak Kak Jah yang sulung di Putrajaya

Isnin, 22 Oktober 2012

Persiapan Hantaran

Antaranya yang dah siap 80% tapi masih kena touch up ... hantaran diberi 5 berbalas 7, nak kena siap cepat ni.. baru siap yang ni.. nak kena siap sebelum 3 November 2012. Harap boleh siapkan semuanya dengan baik. Malas nak buat over sangat, buat biasa biasa je..



Sejadah

5 dulang 

Telekong 

Isnin, 15 Oktober 2012

Persiapan perkahwinan

Aku yang pecah kepala nak pikir pasal hantaran,
pasal persalinan
ahhhh pasal segala galanya....
Maklumlahhh... anak perempuan aku jelah sorang..
terpaksalah aku yang kena pecah kepala..
kalau dulu kahwin abang aku tapi kali ini..

Mmmm moga perjalanan majlis berjalan lancar...


Selasa, 9 Oktober 2012

Seminar Dakwah Nasional

Menghadiri Seminar Dakwah Nasional bertajuk Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak kekuatan Ummah selama 2 hari di PWTC...Mula-mula sangat bosan sebab ada sangkut sikit pasal politik tapi penceramah yang selanjutnya memang menyeronokkan...




Cik Aiza n Cik Aishah 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...