Isnin, 20 Ogos 2012

Kasut Raya


Ini dia kasut untuk anak-anak...
susah betul nak cari yang sama dan berlainan saiz..
bila saiz kakak ada saiz adik plak takder...

Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012



salam Aidilfitri buat semua, tahun ni tema baju warna biru nila, susah betul nak cari sama tema, sampai beli terlebih sudah.. Apa pun hari raya tahun ni biasa jer.. Tetap rindukan arwah mak..

Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Salam Aidilfitri buat semua kawan-kawanku yang dikasihi dan Maaf Zahir Batin dari saya insan yang serba kekurangan ini.. buat yang pernah terasa hati dan terguris dengan sikap saya mohon diampun dosa dan kesalahan. Walaupun kadang-kadang saya tak pernah berkata-kata cuma lebih suka mendiamkan diri ini.. Moga apa pun perbuatan maafkanlah.. Salam Aidilfitri...

First Time Naik LRT

With Kyra n Nana.. First time naik LRT ke Jalan TAR.. 



Seronoknya mereka.. 

Jumaat, 10 Ogos 2012

Persiapan menyambut raya..

Tahun ni aku langsung tak ada rasa hati nak sambut hari raya.. malas.. kurang minat.. tak ada semangat apatah lagi nak pergi membeli belah untuk persiapan hari raya tahun ni.. semua aku buat sambil lewa atau memang aku tak berminat langsung nak menyambut kedatangan syawal pada tahun ini..

Apa yang penting aku menunaikan ibadah puasa dengan bersungguh-sungguh, menyambut ramadan dengan membaca Al-Quran dan menjalankan ibadah puasa dan bersahur sebaik mungkin untuk keredaan Allah.. InsyaAllah. Target aku Aidilfitri ini ialah puasa sunat Aidilfitri.

Mungkin sebab aku sudah terlalu dewasa dengan sambutan Hari Raya, tapi kenangkan anak-anak aku masih juga terpaksa menyediakan persiapan ala kadar untuk mereka yang beria-ia hendak memakai baju raya yang baru. Hendak ke mana pun belum tentu lagi sebab abang bertugas di Aidilfitri.. aku pun tak mahu ambil cuti rehat sempena Aidilfitri kerana bagi aku tiada guna untuk menghabiskan cuti raya tetapi hanya sekadar di rumah sahaja..

Harap ada kelapangan untuk aku menziarahi pusara ibunda yang lama sudah tidak ku jejaki tanah kubur itu. Aku terlalu sibuk dan kesempatan menziarahi selalu terbatas dengan cuaca dan waktu.. tapi doaku pada ibu tidak pernah aku abaikan.. Semoga sampailah doa-doaku padanya.. Amin



Rabu, 1 Ogos 2012

Salam 12 Ramadan

Salam Ramadan....
Semoga Allah memberi rahmat kepada kita, berikan kita taufiq dan hidayah agar kita beroleh keinsafan dalam diri.. Semoga kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya dan kita tahu setakat mana orang menerima kita dan setakat mana Allah menilai peribadi kita.. Semoga Allah memberi rahmat atas segala apa yang kita lalui sepanjang kehidupan kita selama di muka bumi Allah. Bumi yang maha hebat Allah ciptakan ini adalah untuk kita menjalankan kehidupan dengan sebaik-baik mungkin..

Tapi berapa ramai yang sedar bahawa diri kita serba kekurangan.. cermin lah diri kita...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...