Jumaat, 20 Julai 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Sempena malam ni kita bermula dengan tarawih dan esok bermulanya puasa di bulan Ramadhan '' Selamat menyambut bulan Ramadhan". Semoga Allah memberikan kita Hidayah dan Petunjuk tentang agama Allah yang satu. Beribadah seolah-olah bulan ini adalah bulan terakhir untuk kita menjadi Insan di Dunia.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..

Khamis, 19 Julai 2012

Penyakit Rohani

Tanda tanda Penyakit Rohani yang perlu kita jauhi:-

1- Riak.... bangga dirinya melebihi orang lain, suka memuji diri, bangga dengan kemuliaan diri, harta, ilmu  
     dan keturunannya.

2- Suka menonjol diri kepada orang lain;

3- Memandang rendah orang lain;

4- Minta dirinya dipuji di Majlis Keramaian;

5- Bermulut keji, suka mencela @ mengkritik orang lain secara berlebihan dan melampau;

6- Berlagak angkuh ketika berjalan;

7- Memaling muka ketika bertemu dengan seseorang;

8- Berlagak dalam berbicara;

9- Membantah teguran orang lain;

10- Berlagak pandai walaupun tidak tahu;

11- Berpakaian terlalu menonjol dan berlebih-lebihan;

12- Suka menindas orang yang lemah dan miskin;

13- Berlagak dirinya sahaja yang betul dan tidak pernah salah;

14- Suka membazir harta benda sama ada milik sendiri atau orang lain.

Hari Jadi Papa






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...