Khamis, 31 Mei 2012

Selamat Pengantin Baru Saiful


Epol.. lama betul tak jumpa.. akhirnya berjaya menamatkan zaman bujang.. hargailah isteri yang telah Allah anugerahkan padamu..semoga jodoh mu panjang hingga ke akhir hayatmu.. salam penuh keikhlasan dari sahabat lama..

Khamis, 24 Mei 2012

Cara Rasulullah Minum

Ibnu Abbas berkata: Rasulullah pernah meminum air zam zam sambil berdiri. 

Abdullah bin Amr bin Ash berkata "Aku pernah melihat Rasulullah minum sambil berdiri dan duduk" 

Ibnu Abbas berkata: " Aku menuang air zam zam untuk Rasulullah, beliau minum sambil berdiri." 

Nazral bin Sabrah berkata, 
" Semasa berada di Rahbah, Ali diberi segayung minuman. Beliau mencedok air itu dengan tangannya, lalu mencuci kedua-dua tangannya, berkumur-kumur, memasukkan air ke hidung, menyapu ke wajah, kedua  belah tangan sampai ke siku dan kepalanya. Kemudian, beliau meminum air itu sambil berdiri. Sesudah itu, beliau berkata, "ini adalah cara wuduk bagi orang yang tidak berhadas. Aku melihat Rasulullah melakukannya begitu."  

Anas bin Malik berkata, 
Rasulullah menarik nafas sebanyak tiga kali di luar bekas minumannya semasa minum. Beliau berkata, "Cara ini lebih menyihatkan dan memuaskan." 

Ibnu Abbas berkata,
Semasa Rasulullah minum, beliau menarik nafas sebanyak dua kali (dua kali tegukan). 

Rabu, 23 Mei 2012

Tempat Tidur Rasulullah

Aisyah berkata,
Sesungguhnya alas tidur Rasulullah adalah terbuat daripada kulit yang isi di dalamnya rumput kering.

Hafshah ditanya, " Apakah alas tidur Rasulullah di rumahmu?." Hafshah menjawab, "Rasulullah tidur di atas sehelai kain wol yang kasar yang dilipat dua. Pada satu malam, aku berfikir, jika aku lipat menjadi empat, tentu akan lebih empuk untuk beliau." Dengan itu, aku melipat kain wol itu menjadi empat lipatan. Apabila bangun pagi, Rasulullah bertanya kepadaku, 'Apa yang kamu berikan kepadaku sebagai alas tidur malam tadi?' Aku menjawab, 'Ia alas tidur kamu yang biasa, namun aku melipatnya menjadi empat untukmu,' Rasulullah membalas, 'Jadikan ia semula seperti keadaan asal, sebab empuk alas ini sudah menghalang aku bangun mendirikan solat malam" 

Ahad, 13 Mei 2012

Selamat Hari Ibu


Hari Ibu..
Ibu aku dah tiada,
Ibu aku sudah tinggalkan dunia ini..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..
Selamat Hari Ibu



Sabtu, 5 Mei 2012

Lauk yang Dimakan Rasulullah

" Sebaik-baik lauk adalah cuka " 

" Aku pernah melihat ayam memakan makanan yang menjijikan. Selepas itu, aku bersumpah tidak akan memakan ayam." Abu Musa membalas, " Marilah, aku pernah melihat Rasulullah makan daging ayam." 

" Aku pernah makan daging burung puyuh bersama Rasulullah" Kata safinah hamba sahaya Rasulullah.

" Makanlah minyak zaitun dan gunakan ia sebagai minyak. Sungguh, ia berasal dari pokok yang diberkati."

" Rasulullah menggemari buah labu "

" Rasulullah menyukai manisan dan madu. "

" Ummu Salamah menghidangkan lauk daging panggang kepada Rasulullah, beliau memakannya lalu mendirikan solat tanpa mengambil wuduk semula"

" Abdullah bin al-Harits berkata kami makan daging panggang bersama Rasulullah di dalam masjid. "

Mughirah bin Syu'bah bercerita " Pada suatu malam, aku bersama Rasulullah pergi berkunjung ke rumah seseorang. Tuan rumah menghidangkan daging panggang untuk kami. Rasulullah mengambil pisau dan memotong daging itu untuk kami berdua. Bilal datang dan memberitahu waktu solat sudah tiba. Rasulullah meletakkan pisau lalu berkata, "Apa tujuannya berbuat begitu (memberitahu orang yang sedang makan tentang solat)? Bertuah betul! "

Rasulullah menyukai bahagian kaki daging. Seseorang pernah membubuh racun pada bahagian itu. Beliau tahu yang melakukannya adalah kaum Yahudi.

" Daging yang paling baik adalah daging di bahagian belakang badan."

" Aku tidak punya apa-apa, kecuali roti kering dan cuka." Beliau berkata, "Berikan kepadaku. Sebuah rumah tidak dianggap kekurangan lauk selagi masih ada cuka di dalamnya."

Keutamaan Aisyah berbanding wanita-wanita lain adalah seperti keutamaan Tsarid berbanding makanan-makanan lain.
Tsarid adalah roti dicampur dengan gulai daging. Ia adalah makanan kesukaan bangsa Arab.

Rasulullah mengambil wuduk selepas makan sepotong keju. Kemudian, beliau melihat Rasulullah makan bahagian bahu kambing, lalu bersolat tanpa mengambil wuduk semula.

Rasulullah menjamu tetamu dengan kurma dan makanan yang diperbuat dariapda tepung semasa majlis walimah penikahan beliau dengan Shafiyyah.

" Aku melihat Rasulullah mengambil sepotong roti gandum lalu meletakkan kurma di atasnya, dan berkata, "Ini (kurma) adalah lauk bagi ini (roti)." kemudian beliau memakannya.

Rasulullah sangat menyukai tsulf (makanan yang diperbuat daripada tepung gandum dicampur mentega).

Rabu, 2 Mei 2012

Cara Rasullah Berbicara


Cara Rasulullah Berbicara

"Rasulullah tidak pernah bercakap dengan laju seperti kamu semua.Beliau selalu bercakap dengan jelas dan terperinci, sehingga orang yang mendengar dapat menghafal apa yang mereka dengar."

"Rasulullah mengulangi percakapan beliau sehingga tiga kali supaya difahami (oleh mereka yang mendengar)."

"Rasulullah adalah seorang yang selalu bersedih (semasa mengadu kepada Tuhannya dan menyaksikan kebesaranNya, bukan kerana keduniaan). Beliau tidak pernah berhenti berfikir, lebih banyak diam, tidak berbicara hal yang sia-sia. Beliau memulakan dan mengakhiri bicara dengan menyebut nama Allah. Beliau berbicara ringkas namun penuh makna. Kata-kata beliau terperinci, tidak berlebihan dan tidak dikurangkan. 

Beliau bukan seorang yang keras (kasar) dan tidak suka menghina. Beliau selalu mensyukuri nikmat Allah walaupun sedikit dan tidak pernah sekali pun mencela kurniaan yang diberikan. Beliau tidak pernah mengeji mahupun memuji makanan." 

"Beliau tidak pernah marah disebabkan urusan duniawi. Namun, jika kebenaran dilanggar, tidak ada satu pun yang dapat menghalang kemarahan beliau sehinggalah kebenaran itu ditegakkan semula. Jika Rasulullah marah kepada seseorang, beliau akan berpaling daripada orang itu dan menghindar." 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...