Rabu, 29 Februari 2012

Bait-Bait Lagu .... terbaiklah..

aku paling tak suka orang yang suka hidup dan mati dengan perli/sindir/berkata dua maksud ni.. bijak bermain lirik-lirik lagu untuk sakitkan hati orang-orang dimaksudkan.. 

paling bersopan perli bekas bapa mertua... macamlah kau jaga makan minum, baju dia kau basuh, kau pelihara dia, silap-silap tumpang makan minum lagi rumah dia.. kau bagi duit ke tiap-tiap bulan kat bapa mertua kau??? biar dia nak cari kebahagian dia sendiri, sebab anak-anak tak mampu nak mengisi kesunyian dia. anak-anak yang boleh jaga makan pakai dia je..  itu pun sorang anak je.. bukan semua anak !! OK!!!

 Semua lirik terbaik yang boleh kau update!
but you're always not respect to everyone...


Siapa yang lari dari kenyataan ..

 Kesilapan sebenar datang dari pihak sendiri!


Lirik lagi!!! Bodohkan orang !!
Semoga Allah bagi rahmat  ke atas orang yang macam kau, yang tak menghargai orang lain, berkata ikut sedap mulut dan tak pernah nak respect orang.. Orang-orang yang kau respect tu.. orang yang selalu belanja kau, pelihara kau... yang tak layan kau sound " kalau hem hem belanja aku nak lari bogel satu kg " .. huih mendalam sungguh ayat tu sampai merajuk orang tua tu.. mintalah ampun kat orang tua sebelum terlambat..

Kalaupun sembahyang cukup lima waktu tapi hati tak bersih tak guna.. kerana Allah pandang kepada hati kita, hati kita yang menentukan Allah terima solat kita atau tidak.. hati kalau tak ikhlas Allah tak pandang ibadah kita sebab ibadah itu kadang-kadang orang buat kerana sudah terbiasa atau rutin harian bukan beribadah kerana Allah. Belum cukup lagi bila kita solat tapi kita tak tahu makna surah yang kita baca.. Belajarlah.. luangkan masa yang banyak itu dengan belajar maksud Al-Quran.. Belum tentu Allah dah beri kau segala kau dah boleh megah dan menindas orang lain.

Selasa, 28 Februari 2012

Dewasa terlebih makan garam...

Sepatutnya sebagai orang lama yang terlebih makan garam sepatutnya kalau dah pasti orang lebih muda dari kita buat salah kita sebagai yang lebih tua memberi nasihat, tunjuk ajar atau apa sahaja supaya sama-sama pandai atau belajar dari kesilapan. Ini tidak update status mengutuk, menghina, mentertawakan, mengheboh, menceritakan orang ni macam ni, u patut macam ni.. ha ha ha ha.. stupid fool or whatever...

Kalaupun salah sangka bukan bodoh namanya.. bukan maksud status tu nak dikatakan tapi nak bagitahu yang awak tu sebenarnya bermulut jahat dan lebih dasyat lagi.. kaum kerabat kau pun tak suka kau! Cuma tak ada yang berani nak tegur..!! bukan sebab takut tapi hormat pada yang lebih tua dari kita.. Itu prinsip orang macam kami. tapi beb kau sendiri tak pernah nak hormat orang, main sedap mulut je nak bercakap tak fikir ke sakit kan hati orang ke apa ke? Semua mengadu kat aku tak suka dengan cara kau bercakap mulut main trabur jer.. Sedarlah... orang macam kau yang tak tahu diuntung..

Kalau hati aku busuk aku dah hebahkan perkara sebenar tapi aku tutup tetap cakap kau yang terbaik sampai ada orang tanya kau dari mana? datang dari mana? kenapa tak sama? semua aku watdek jer.. aku diamkan jer.. tak mahu beb air muka yang tua dari aku jatuh sebab bila aku kata YA jer... habislah ego kau! Janganlah perasan, cuba meraih simpati orang-orang kampung.. lepas habis majlis habislah kepentingan kau pada dorang.. Aku tak kesah .. terpulanglah... tapi bila yang cerita burukan aku sampai ditelinga ni HABISlah kau!

Ahad, 26 Februari 2012

kenapalah ada perasaan bongkak....

Aku tak pandai nak simpan perasaan macam orang lain, walaupun ada masalah tetap macam biasa tanpa ada tersimpul di wajah mereka. orang lain tak akan tahu yang dia punya masalah. serius aku tak pandai nak purapura..

Asal ada masalah mesti membermember dapat rasa dan meneka aku ada masalah susah nak sorok ataupun member yang terlalu prihatin sampai boleh kesan wajah kita.. apa pun aku tak kisah dan aku pun jarang nak sorok dan selalu aku ceritakan aje apa masalah aku... tanpa ada selindung.. itu cara aku lepaskan tekanan aku.. dan ini berjaya membuatkan aku tiada masalah yang nak dibendung..

lagipun ada aku kesah pasal apa pun.. sebab tak selalu ambil kisahlah, tetiba je orang tu muncul dalam kendurikenduri aku, yang pelik mana dia tah u sedangkan aku tak jemput pun.. yelah nak jemput macam mana?? Menjauhkan diri, no telefon rumah ditukar, no hp langsung lah tak ada dalam simpanan, bila dah jumpa berkawan semula, aku pun memaafkan dia, tapi tak sampai beberapa bulan dah menjauhkan diri balik... mmm dan sekarang kembalilah semula tak ambil kesah..

Party Condo & Swimming Pool With Buddies

1st Condo 










Makanan yang disediakan.. Lasagna 

Sabtu, 25 Februari 2012

Jumpa Bakal Adik Beradik Tiri..

Hari ni berdebar-debar rasanya.. sebab nak masakkan untuk bakal adik beradik tiri.. ha ha ha.. aku memang lah tak kisah bab memasak tapi aku kena tahu apa yang mereka suka. baru lah kena denga selera.. ha ha ha.. aku bukan apa pun cuma takut..

so makan malam sudah.. supper plak.. aku buat kopi ngan karipap goreng.. karipap 10 biji pun tak habis.. lain betul ngan adik beradik aku lesap kejap je.. ha ha ha lain orang lain rasa... so borak sakan.. bakal mak tiri pun ok.. anak-anak dia lagi ok.. yang datang tu semua anak lelaki dengan pasangannya. so far aku boleh je.. tengok hamdan pun macam ok jer.. mm ok... kami ok.. takde masalah cuma tak jumpa lagi anak sulung kepada bakal mak tiri je lagi.. nanti-nanti dia nak buat pulak makan2 kat rumah dia di Hulu Langat.

Jumaat, 24 Februari 2012

Bertemu sudah dengan bakal ibu tiri..

Secara tak sengaja kereta bakal ibu tiri aku telah rosak pada malam sabtu lepas, tak sangka aku.. Abah dah beberapa jam tak balik rumah rupanya tolong makwe dia.. ha ha ha.. so lepas tu dah nak habis maghrib aku pun nak start makan malam.. Abah bagi salam... dia pun citer lah... kereta rosak bla bla bla.. bla.. bla.. bla..

So tulah kali pertama aku jumpa bakal ibu tiri aku.. dia nak tumpang sembahyang maghrib sebab dah lewat sangat masa tu aku pun tunjuk tempat yang paling sesuai.. bilik bersepah yuuu... habis tu aku terus sambung makan. Masakan aku hari tu Tomyam Udang dan Sotong.. lepas selesai sembahyang aku suruh dia makan, nasi pun banyak sebab adik aku sukri tu tak balik plak hari ni. Puas suruh dia makan dia tak mahu sampai lah abah aku ajak baru dia nak makan dan lepas tu aku hantar dia balik rumah anak perempuan dia di Alam Damai so kat situ kami pulak di jamu minum sambil tengok baby girl yang baru lahir pada 22/2/2012. Comel sangat..

so takdir Allah nak pertemukan kami lebih awal, sebab janjinya abah nak buat minum petang bersama pada Ahad jam 3 petang,  tapi dah jumpa pada malam sabtu lagi.  Jumpa tu terus dia bagi tahu nak tukar tarikh nak jumpa malam Ahad. Aku pun tak kisah asalkan hamdan ada.. Ada jugaklah bantuan dan teman.

aku sedih baca artikel ini..

Jom Klik kat sini MazidulakmalBlog.

Pada aku benda dah jadi. Manusia selalu melakukan kesilapan dan kesilapan itu boleh diperbetulkan. Semoga kita menjadikan ini sebagai ikhtibar. Allah Maha Pengampun.

Khamis, 23 Februari 2012

Be careful with your words

Assalammualaikum,

Sakit macam mana pun hati dan perasaan aku sentiasa tahan, tak pernah aku nak sindir @ laser nak sakitkan hati orang walaupun cakap-cakap bagai pisau menghiris jari. Aku sabar sesabarnya, tika dan saat itu. Walaupun aku dijadikan bahan kelawakan melampau atau apa jua yang menjadikan diri ini punca apaapa. (Contoh: Aku tanya "Amy bila lagi" pun menjadi satu titik tolak untuk menjadikan aku ni jahatlah sangat, macam makcik-makcik. Sibuk tanya pasal dia) Aku sabar, sesungguhnya aku sabar dan tak pernah sikit pun aku luahkan perasaan ini pada sesiapa even my hubby. 

Aku manusia biasa, aku juga ada perassan yang perlu aku jaga. Kalau aku tak jaga perasaan aku sendiri, siapa nak jaga? Kau? Aku seperti orang lain yang kadang-kadang tersentuh juga dek kerana sikap "kurang ajar". Kalau aku jahat dah lama aku heboh dengan semua orang bahawa kau bukan sesiapa! tapi aku fikir untuk apa aku menghebohkan keaiban orang lain.



aku pun setuju dengan ayat-ayat ni. alangkah bagusnya jika kita bukan kenalan.


Selasa, 21 Februari 2012

Perginya Latif Ibrahim


sama umur dengan mak aku, tapi mak aku dah pergi dulu.. perginya pada 6.10 petang semalam, bersamaan 20 Februari 2012, akibat kompilasi jantung, semoga rohnya dicucuri rahmat.


ColLiNbLoG2u

Isnin, 20 Februari 2012

AbAhKu KaHW!n LAg!

Macam tak percaya je.. tapi itu kenyataannya, abah aku akan kahwin tak lama lagi. aku sebagai anak terima ajerlah. ikutkan hati aku memang tak setuju tapi apa hak kita sebagai anak untuk halang benda baik. itu hak abah aku nak kahwin lagi. itu hak dia nak menentukan hala tuju hidupnya. dan aku sebagai anak hanya mampu mendoakan supaya abah aku dapat pasangan yang baik, yang memahami dan sepadan serta disenangi oleh anak menantu yang lain. semoga Allah berikan pasangan yang samasama membawa ke arah kebaikan, jalan yang lurus dan jalan yang Allah redhai. aku bukan penghalang. aku cuma tunggu, lihat, dan samasama mendoakan. kalau abah bahagia, aku juga bahagia.

macam mana ye? kalau korang kat tempat aku? apa yang paling terbaik untuk kita lakukan selaku kita sebagai anak, bila berlakunya situasi ini? selain kita kena fikir apa tujuan orang seperti abah aku kahwin? sunyi ke? boring ke? atau apa saja.. aku redha dan terima. jangan nanti abah dikongkong oleh isteri barunya, atau apapa yang boleh menjadikan hubungan kami renggang dan tidak seperti dulu. bagaimana pengalaman orang lain yang telah pun melalui situasi ini. bagaimana kita menerima ibu tiri?

banyak persoalannya sebab kita belum pernah melalui situasi ini. setengah orang bahagia, setengah sebaliknya.. semoga tiada apaapa yang menjadikan hidup aku lebih menduka citakan. semoga perkahwinan ini menjadikan abah lebih tenang dan lebih bahagia.

Selasa, 14 Februari 2012

TAK pAHAM LaH..

Tak paham dengan sesetengah orang yang tak fikirkan di mana dia berada? ... maksud aku.. apa pangkat dia? apa jawatan dia? apa status dia? walaupun dia senior tapi dia kena fikir dia berjawatan apa? kenapa orang lain kena dengar keputusan dia sedangkan dia adalah biasabiasa aje.. walaupun dia jauh lebih senior dari pegawai atasan tapi sedarkah dia tu siapa??? 

Kita kena sedar apa pun yang kita cadangkan atau fikirkan betul atau rasa ia adalah terbaik bagi kita.. kita kena melalui keputusan dari semua pihak janganlah pikir keputusan itu tak perlu ditapis oleh orang atasan.. biarpun orang atasan adalah kawan baik kita.. tapi yang bodoh orang atasan juga yang tak pandai nak memisahkan taraf dan kedudukan tu sampai kena pijak dengan orang bawahan.. 

Orang bawahan yang bergaduh tapi kenapa orang atasan yang macam bangang, yang macam tak sekolah macam orang bawahan yang kurang pelajaran.. boleh cakap BODOH pada orang atasan itu.. disebabkan perangai yang lebih teruk dari orangorang bawahan ni.. emosi, bergaduh, dengki mendengki, benci ke ape ke... Sebagai orang Atasan yang mahu dihormati semua orang beb kenalah bersifat natural.. bijak tangani masalah anak-anak buah, sebagai pemimpin.. Hailah... Mona.. 

Berlaku tidak adil, memangkah orang yang dapat Cemerlang disebabkan perasaan dengki dan termakan cakapcakap kawan bawahan dia.. tapi bila jumpa orang yang di pangkah tu, tahu plak takutakut.. sebab apa? sebab bayangbayang sendiri... takut dengan kesilapan diri sendiri.. takpe walaupun sorang dua memangkah tapi ada lagi ramai yang memuji.. sebab kerja bagus, kerja tiptop kerja tak berkira, kerja tak menipu.. kerja ikhlas tak berkira.. dapat juga Cemerlang.. bangga dapat Cemerlang sebab bila kerja dengan Ikhlas kita rasa apa yang kita terima.. tapi kalau dapat Cemerlang macam orang tu... dia sendiri rasa malu nak ambil anugerah sebab rasa diri sememangnya tak layak untuk di Anugerahi.. sebab kerja dan attitude pun terangterang tak Cemerlang.. 

Si bawahan yang sentiasa menghasut.. itu tak betul, ini tak betul.. cam bagus sangat.. ini macam ni , tu macam tu.. sedarlah jangan orang menyampah tengok muka mu sebab sentiasa hasut kawan atasan kau.. hello.. sudah.. sudah lah jadi batu api tahap dewa penghasut.. uih.. susah manusia ni kalau tak fikir jauh ni..dosa pahala.. jagajaga kau bukan sentiasa di bawah dia.. jagajaga kawan bilabila pun boleh jadi lawan.. Semoga korang semua selamat dunia akhirat.. 

Isnin, 13 Februari 2012

maid, pada hari pertama....

uih..... cepatnya masa berlalu.. dah setahun lebih mak tinggalkan aku di dunia ini.... di rumah ini... di sini... di dalam keluarga ini... susahnya menjalani kehidupan ini tanpa perhatian mu mak.. tanpa leteran mu mak.... tanpa ajaranmu mak... 

hari ni aku sudah memiliki maid yang boleh membantu aku banyak segi... soal pakai-pakaian, soal kemasan, soal jagaan anak .adalah teras,a ringannya bebanan. selama ini aku di bantu oleh suami yang banyak memahami... malah sangat teliti dari aku sendiri... semua terjaga tapi aku masih perlu memasak. takpelah asalkan bebanan aku terbela sikit.. bukan apa aku kena jaga keperluan abah dan juga adik lelaki ku... walaupun nampak tak berat tapi aku rasa lambat laun bebanan yang sikit akan jadi berat... tambahan sebagai orang perempuan perasaan tidak puas hati dengan kerjatangan lelaki mesti ada...tak sama.... kebanyakan lelaki memang boleh buat tapi kekemasan tak sama dengan keje perempuan..

so hari pertama bekerja adalah sangat baik... rasa berbaloi dengan harga yang aku bayar untuk dia.. aku rasa bebanan aku kurang dan rasa tekanan pun kurang.. 

Jumaat, 10 Februari 2012

dah habis cuti.... @ Langkawi..

hari terakhir berada di sini... rasa dah tak sehebat dulu.... pantai yg bersih dan cantik.. sesuai tuk mandimandi.... sekarang siap ada papan tanda tak boleh swimming kat situ... sebab tempat jetsky and banana boat berlabuh..hampeh betul..

pantai cenang....dulu tempat tu berlambak kulit-kulit siput, kerang, ketam berlarilari..... skrg nak cari pun susah... tasik dayang bunting... kalau dulu penuh dengan ikan keli... letak je kaki terus mencanak ikan keli tu gigit kaki... skrg seekor pun tak ada... air terjun telaga 7... kalau dulu nampak airterjun tu jatuh... putih je dari cable car naik ke gunung mat cincang... sekarang air pun takde... pelik... air tejun tak ada air.


Telaga 7, Pemandangan dari atas cable car..

apa lagi yang ada kat langkawi... adalah burung helang yang besar, gagah, dan cantik... semakin berlambak di sekitar langkawi.. yg boleh mandi... pulau beras basah.... itu pun nak ke sana kena naik boat plak!????

TOYOTA ViOS

tengok anak dara aku tu... style baru dialah tu...

selama kami kat sini... kami sewa kereta vios... nak pakai kat KL tak mampulah sebab tak nak beli kereta mahal ni.. tapi kat sini sajelah guna dan sewa kereta ni... rasa memang best giler sebab hanya isi minyak RM 50 saje kami boleh jalan2 dan balik semula ke airport selama 3 hari 3 malam... memang berbaloibaloi..

Khamis, 9 Februari 2012

@ Langkawi...

suasana nyaman di sini... rasa gayat sangat naik cable car...  uih.. tak sanggup rasanya nak ulang naik... kecut perut angin bertiup kencang... 









Rabu, 8 Februari 2012

asal pergi Langkawi mesti pergi Idaman Mahsuri




Asal pergi Langkawi....kalau tak pergi Idaman Mahsuri, macam tak lengkap lah.. Nak kata best taklah cuma segala barang dan alat dapur memang syok lah dapatkan kat sini.. Best lah bagi aku yang rasa malas nak jalanjalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain...yang paling best syarikat Idaman Mahsuri ni mengeluarkan product nya sendiri... Selain pinggan mangkuk yang murah dan segala cawan set, cadar set jugak ada... Semua atas nama syarikat tu sendiri... Paling best harga memang boleh belilah... Set cadar memang terbaik.. 

Corakcoraknya susah nak dapat kat shopping mall yg lain di key el.. Tapi aku tak beli lah set cadar tu.. Cuma tengok je.. Ha ha ha... Sebab baru je beli set cadar king kat sogo... Lain kalilah kami beli yerk.... Lagipun pernah beli sebelum ni... Cadar aku tak muat dengan katil aku yang jauh lebih besar dari cadar tu... Kemain tegang lagi aku tarik, tapi tak muat jugak..

Hari Pertama - Mandi Manda






 ada orang basuh kain tepi sungai..

mandimanda di swimming pool hotel..

Percutian Bil 1/2012 - honeymoon @ Langkawi

Dah lama sangat aku takke langkawi ni... last pun tahun 2008.... masa tu nana dalam perut lagi... baru 5 bulan preg... sebelum tu aku ke langkawi tahun 2006 baru setahun kahwin... pergi langkawi sebab nak minum air tasik dayang bunting.... Alhamdulillah.... dah preg pun aku.. ha ha ha... serius memang aku minum beb air tasik tu... laki aku siap cedok lagi... suh aku minum... ha ha ha.... korang cuba lah...

so aku sedang bercuti......kami memang cintakan langkawi.... terbaik.....kat sini... hotel pun banyak yg baru... termasuk hotel yg aku lepak ni..  siap ada wifi lagi.. updapte free.... ye ye 

hari ni aku update dari hotel fave pantai cenang di Langkawi......

 



Sabtu, 4 Februari 2012

dah tak HALAL plak...



Baru-baru ni ada family aku buat BBQ so kakak ipar ada beli Mushroom Gravy ni.. so tak lama lepas tu kami nak buat lah macam kakak ipar ajar buat tu.. tapi hari ni bila nak beli benda ni dah tak halal lagi.. dah tampal plak cop HALAL tu dengan tape hitam.. aduiyai.. kenapa sekarang baru nak cek benda ni HALAL ke tidak.. kenapa bukan sebelum dijual.. 

Jumaat, 3 Februari 2012

Happy Birthday Frenz..



Walau apa pun tanggapan kau pada aku.. dengan hati yang ikhlas mengucapkan " Happy Bestday " .. Semoga berpanjangan hidup bahagia bersama suami tercinta.. Moga Allah lindungimu dari segala musibah dan malapetaka. Memang tiap tahun aku ingat.. mcm2 cara aku bagi ucapan.. selalu aku sms aje.. dan kau akan jawab TQ je..

-ColLiN-

kakak nak jadi "IBU"


tengah peluk anak ibu


hari-hari main.. asyik nak jadi ibu je.. tak nak jadi ayah.. adik asyik jadi ayah je.. sampai gaduh-gaduh nak jadi ibu.. hai .. susah tul adik beradik ni kalau berlakon jadi ibuayah.. siap pilih watak kegemaran lagi..


-ColLiN-

RM100

bestnya pagi tu lepas sarapan kami naik lift nak masuk opis balik ... waktu menunggu lift dengan ramainya orang maybank nak naik sebab dorang punch card jam 8:45 pagi.. memang berebut.. mamat nilah tak mengaku dah sarapan pagi.... kat ceo maybank ni.. last-last CEO tu bagi RM100 ni untuk kitorang.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...