Selasa, 31 Januari 2012

Jumaat, 27 Januari 2012

Dulu Gemok, Skrg dia kurus sangat...

Sebelum ni kyra memang gemuk, montel dan comel ...


Sekarang dia dah kurus sangat, sampai la ni.. suruh dia makan dia jawab " kakak tak nak makan nanti kakak gemuk, gemuk tak cantik" .. hu hu hu.. kecik lagi dah pandai cantikcantik...



sekarang tengah sibuk pasal "angry bird"

-ColLiN-

Khamis, 26 Januari 2012

Rabu, 25 Januari 2012

Takutnya pada hukum Allah!

Bukan untuk sesiapa tapi untuk diri sendiri.. takut pada hukum Allah.. sekecil-kecil dosa yang kita lakukan pasti ada hukuman yang Allah janjikan.

Bukan nak kata orang ni salah dan orang ni yang betul, tapi apa yang aku rasa adalah rasa yang terbit bila kita selalu dengar ceramah-ceramah di tv @ di mana-mana ada ceramah dari ustazah dan ustaz yang bertauliah apatah lagi membaca info-info tentang Islam dan larangannya dari facebook @ email rakan-rakan yang baik hati untuk berkongsi pengetahuan agama Islam dengan kita.

Tentang pakaian yang kita pakai seharian, tentang berhijap, tentang adab dalam solat, tentang adab berjiran, tentang pertuturan dan percakapan kita dalam adab Islam juga penulisan, tentang apa saja yang kita lakukan sepanjang harian kita sebagai Muslim. Muslimah selalunya menjadi satu-satunya sasaran yang banyak melakukan kesilapan yang dianggap kecil tapi akan menjadi barah yang besar dan dosa-dosa yang besar, harus kita berhati-hati kerana muslimah banyak aurat yang hendak ditutup antaranya aurat tubuh, aurat suara, dan sebagainya.

Baru-baru ni aku dengar ceramah di TV9 tentang aurat perempuan yang berhijap tetapi banyak di buka dalam laman facebook. itu salah satu tanda yang kita tak perasan bahawa aurat itu adalah yang sangat kita perlu jagai.. memanglah kawan-kawan kita semua perempuan tapi kalau kawan perempuan kita membuka page kita depan suami atau sahabat lelaki mereka bukan kah itu satu dosa bila org lain tengok aurat kita.. Alamak.. aku dah mula gementar bila ustaz tu cerita pasal aurat kita di internet salah satu punca kita mendapat dosa. Aku takut sebab aku pernah terlepas 1 - 2 gambar yang aku tidak berhijap.. kena cari dan lupuskan sekarang juga sebab aku takut dosa yang banyak bertambah lagi.

-ColLiN-

Selasa, 24 Januari 2012

baru tahu kegunaan periuk stim ni...

Bukan tak tahu.. cuma rasanya nanti aku nak belajar masak daging ni dengan lebih baik.. sebab selama ni memang suka sangat rebus daging pakai air.. skrg tak payah lagi lah sebab baru tahu cara memasak guna periuk stim ni melalui blog en.laloquee ni.. terima kasih sangat-sangat kat en.laloquee sebab buat entri ni.. 

tak sia-sialah periuk yang i dapat tu boleh digunakan dengan cara yang betul.

Re: Cook PRES without a drop of water (where are the people of trips)


-ColLiN-

Isnin, 23 Januari 2012

Ahad, 22 Januari 2012

IKANO @ IKEA

Dah lama tak lepak IKANO so jalan-jalan kat sini sempena cuti CNY.. Bestnya kalau dapat macam ni.. tak sesak langsung dengan orang.. lengang betul kat sini tak macam selalu @ cuticuti am yang lain. tapi parking tetap penuh tak tahu kenapa?

Jalanjalan masuk PDI pastu memang dah lama kereta mini tu ada kat situ.. saje ambik 2-3 shot sebab boring tunggu en.hamdan pegi tandas dengan kyra. So snap lah :






sekali tengah snap-snap ada org marah lah x boleh ambik gambar kat sini.. so ini jelah hasilnya..

-ColLiN-

Sabtu, 21 Januari 2012

GeLiaTI

Gelihati macam nak guling-guling gelak bila terbaca 1 blog ni, dia berasa kecil diri dan membangga-banggakan sahabat baik dia, kerana sudah berada dan sempurna dengan ada banyak kereta..
Dek! lengkap ke kehidupan org itu dengan adanya kereta yang tak berapa mewah tu dek!

Nasib baiklah sahabat tu jawab dengan bijaksana.... Katanya "kereta-kereta tu pun hutang belum habis bayar pun lagi awak! Beli pun 2ndhand.. Manalah nak dikira harta, lama-lama jadi besi buruk juga" ade ke patut kira kemewahan org dengan kira berapa banyak kereta yg dia ada... Mcm x sekolah je.. Lain lah kereta yg dimiliki itu jenis mewah. 



Lagi 1 cerita yang lebih kurang sama je... Masa tu Hari Raya Qurban.. Semua jiran dapat kupon ambil daging percuma. AJK surau dah agihkan di kawasan kejiranan, tetapi mungkin terlupa @ musuh AJK tu, Jiran yg sorg ni tak dapat.. Dengan bongkak, angkohnya, jiran ni memekik-mekik "org tak bagi aku kupon sebab tengok kereta aku banyak" ha ha ha ha ....

kalau aku senaraikan kereta 2hand dia mesti korang pun terguling-guling gelakan dia.. ha ha ha... terguling-guling aku gelak... Sebab teringatkan cerita lama ni... Masa ni arwah mak aku ada lagi. Cerita yang takan aku lupakan.



Kenapa org suka hidup banding membanding dek, hiduplah dengan kesederhanaan.. Hiduplah dengan kesejahteraan.. Hidup dengan kemampuan. Janganlah kita nak berlagak sangat.. Cukup-cukuplah... Kalau kau banyak sgt duit dek buatlah rumah makayah kau besar-besar, tukarkan rumah papan jadi rumah batu ke, barulah kau boleh bangga dengan diri kau sendiri dek..


Semoga Allah ampunkan dosa-dosa umat Islam seluruhnya..


Jumaat, 20 Januari 2012

Khamis, 19 Januari 2012

Ayat-ayat sikecik

"mama, mama, hp mama terbunyik"
ayat sikecik aku bila hp aku bunyi panggilan..

"atuk! Dah bang dah pegilah semayang!"
ayat sikecik bila azan dah kumandang..

"papa, papa, atuk x ada dia dah pegi suwau!" 

ayat sikecik bila papa dia tanye mana atuk..


"hari-hari mama kata nak pegi gunting rambut! Hari-hari mama cakap! Bila kita nak gunting ni!"
Ayat sikakak bila aku buat janji tapi tak sempat tunaikan lagi!

Selasa, 17 Januari 2012

Sahabat - bff

Entah kenapa malam ni tergerak nak tulis pasal sahabat.. Kenapa umur mcm kita ni baru nak terfikir sahabat tu pentinglah, baru temui sahabat yang sebenarnya la, sahabat dunia akhiratlah, sahabat itu dan ini... Kenapa masa remaja kita tak hargai sahabat tu sendiri, kenapa kita baru fikirkan ooo dulu remaja lain sekarang dah lain.. Sekarang kita dah terlalu dewasa untuk menilai erti persahabatan...

Baru terasa oh pentingnya sahabat itu sebenarnya. Sahabat yg boleh memahami kita luar dalam.. 

Bukan kah dulu kita sebenarnya terlalu ego untuk mengaku yg kita perlukan sahabat terutama sahabat yg boleh menerima kelemahan kita.. Tidakkah kita terfikir ego yg tinggi tulah yg memusnahkan sebuah persahabatan.. Persahabatan antara mukabuka!... Dek, ko tak boleh menilai sahabat ko yg ramai dalam mukabuku tu dek! Belum tentu yg ramai tu sabahatmu..! Mungkin talibarutmu dek! 
Dan yg jauh ini kau anggap bukan sahabatmu, x boleh kau akui sbg sahabat atau berperanan sbg sahabat.

Cermin-cerminkan diri kita dek! Adakah kita sahabat yg baik???!!! Adakah tak pernah kita mengata belakang sahabat kita???!! Adakah indah sungguh bahasa kita guna untuk sahabat kita??? Pernah ke dek, kau hadiahkan sahabat kau hadiah yg bukan recycle???!! Kesian kan menjadi sahabat kau!! Pernah ke dek, kau belanja sahabat kau dgn duit yg kau ada??!! Ke kau selalu menumpang aje??!! Pernah ke dek, kau bawa sahabat kau naik kereta jalan bersama??!! Pernah ke dek, kau melawat sahabat kau selepas melahirkan dek.. paling tidak ucapan tahniah?? Pernah ke kau ucapkan takziah atas kematian? 


Apa pun yg pentingnya bila kita dah dewasa kita lebih menginsafi diri kita sendiri dari menunding jari ke arah orang lain.. sebagai jawapan. kau dah dewasa dek, kawallah emosimu sendiri..

Ahad, 15 Januari 2012

Masak BUah Asam Gelugur n Perut

Hari tu pergi rumah bos di Kg Gachong N9.. Pesta buah-buahan dapat bawa balik buah rambutan jenis gula batu memang sedap, buah manggis, buah rambai dan buah Asam gelugur yang penuh satu pokok..


Dapat buah Asam gelugur dalam 7 - 8 biji, apalagi selain dari buat asam gelugur kering aku buat gulai asam gelugur dengan perut.. memang sedap, rasa masam yang amat sangat membuatkan gulai lebih enak dan lazat ..



Biasalah masakan orang n9, tidak lain gulai lemak cili padi lah.. pastu ada buah belimbing campur sekali.. baru best..

-ColLiN-

Rabu, 11 Januari 2012

@ ViVa



@ viva bukan kereta okey.. shopping complex yang baru dibuka.. sangat menarik.. cantik..

Sabtu, 7 Januari 2012

@ Tasik Permaisuri


Dua tiga menjak ni famili kami selalu pergi joging kat Taman Tasik Permaisuri ni.. Al-maklum tasik paling dekat dengan kami. Best sikit lepak kat sini sebab parking free, ramai kanak-kanak dan banyak gerai bergerak.. antara benda yang selalu kami buat.. makan buah sengkuang... gila kentang ! lama tak makan... zaman kanak-kanak je dulu pernah makan.. paling seronok anak-anak main sampai penat dengan ramainya orang di sini.. jumpa member-member lama.. best lah....

Ahad, 1 Januari 2012

sALAm tAHuN bArU 2012

Salam tahun baru 2012....

Semoga Allah memberi tahun ini perjalanan yang baik dan diredhai..

Tepat kul 12.00 tengah mlm tu aku terus tengok Astro First Cerita OMBAK RINDU.. fuh..
memang sangat-sangat romantik ceritanya..
semua best.. jalan cerita best ... pelakon-pelakonnya best... semualah... best...

Apa pun selamat tahun baru... 2012....

Tahun baru di Atap Abah


Menikmati pemandangan bunga api sambutan tahun baru dari bumbung umah ajer....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...