Khamis, 20 Disember 2012

Boikot McD



kemain lagi merajuknya anak ku sorg ni... Sebab nak makan aiskrim McD.... Ala macam mana ni..

Rabu, 5 Disember 2012

Filem Istanbul Aku Datang




Tengok cerita terbaru yang ditayangkan di Astro First yang dilakonkan oleh Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairi.. memang bestlah... aku suka cerita yang sempoi dan enjoy macam ni.. pemandangan yang sangat cantik dan para pelakon yang cute dan bersahaja.. yang paling penting Lisa melakonkan sebagai penulis blog yang tegar..Apa sahaja yang berlaku diceritakan di dalam blog dan punya peminat tersendiri.. 



Jumaat, 30 November 2012

Arahan Pertukaran Dalaman Lagi..

Bermulanya episod baru lagi.. lepas pertukaran dalaman pada April lalu, kali ni berlaku lagi rombakan di Unit Tuntutan dan Unit Pentadbiran.. bertarikh 3 Disember 2012. Aku tak kisah sebab tempat lama..Aku dah rasa semua tempat. Beberapa pengalaman yang aku dapat boleh juga aku menimba ilmu. Walaupun tempat lama tapi suasana baru juga sebab tugas telah diubahsuai tidak seperti 3 tahun dulu.. Apa pun semoga aku boleh terus berusaha dan menjadikan ini sebagai 1 cabaran..

Pindah rumah sudah pun 1 Muharram yang lalu, 3 Disember pulak aku di tempat kerja baru. Bos lama dah bertukar ke Putrajaya.. kali ni bos baru yang akan ambil alih. Apa pun aku tetap dibelakang bos yang baik daripada berada di belakang bos yang cakap tak serupa bikin.. di depan lain di bekalang pun lain.. baik melayu ataupun bangsa lain.. tetap sama dan kadang-kadang lagi bodoh dari orang bawahan. Mereka lebih emosi dari menilai dan berfikir. Kesian anda tak mampu menjadi seorang pemimpin kerana anda perempuan tetapi kalau pun anda lelaki kepimpinan anda lebih pada kata-kata gah saja.. hasilnya, mangsanya anak buah jua.


Hijjaz - Debu-debu Dosa

Jumaat, 23 November 2012

Hari-hari Layan je lah..

Semenjak pindah rumah ni, asyik kena layan kyra dan nana mandi pool. aduilah dorg ni langsung tak rasa mama n papa penat ke, apa ke, mesti kena teman dorg mandi pool. Hari hari adoi..



Khamis, 22 November 2012

Bowling Tournament




Bermula hidup sendiri

1 Muharram yang lepas aku dah pindah ke rumah yang aku beli... dah tak duduk dah rumah Abah.. Bukan apa dah lama sebenarnya hajat ni tak kesampaian bila mak dah meninggal, aku tak sampai hati nak tinggalkan abah sorang2..

Lepas abah dah kahwin inilah masa yang sesuai untuk aku berdikari sendiri... dah pun genap seminggu aku tinggal di rumah sendiri dan aku rasa sama saja.. tak ada yang beza aku terpaksa buat semuanya sendiri. Di mana pun adalah sama. Rindulah nak masak masakan kegemaran abah.. he he he


Khamis, 8 November 2012

Ramainya Tanya...

Tanya aku pasal perasaan terhadap ibu tiri aku.. Ya Allah so far aku memang tersangatlah happy sebab aku rasa tak ada rasa kekok apatah lagi janggal dengan kehadiran ibu  tiri.. Aku rasa aku dah ada mak kembali, seolah-olah mak aku masih hidup.. dan sentiasa berada di sisi aku..

Walaupun tak sama tapi itulah hakikatnya aku terima ibu seadanya dan aku rasa bebanan yang aku tanggung selama ini sedikit ringan dengan kehadiran ibu tiriku... terima kasih Allah yang telah menganugerahkan aku insan ini.

Walaupun aku ini bukanlah anak yang baik tapi aku tahu hargai setiap detik bersama-sama ibu.. walaupun rasa rindu pada ibu sebenar jauh lebih kuat tapi setiap kali bersama ibu tiri aku juga rasa aku bersama-sama mak.. Mak yang dah bertahun lamanya aku bersama, tahu setiap langkah dan geraknya.. Mak walaupun tempatmu berganti tapi kasih sayangku padamu mak tetap utuh dan teguh di hati ini.. Al-fatihah..


Bos lama datang

Tengoklah ini yang dia tinggalkan untuk aku, orang beli lah buah ke, keropok lekor ker, goreng pisang ker? Apa apa ker.. Ini jer yang dia tinggalkan atas meja... Rindulah tu kan !!!!

Rindulah tu nak kacau aku!



Rabu, 7 November 2012

Happy Bestday to U Sukri

Satu-satunya adik lelaki aku yang aku ada.. mana ada lagi yang lain.. belah adik ipar pun memang tak ada sebab Ham anak bongsu.. ha ha

Semoga panjang umur mu dan disenangkan segala-galanya.. Kakakmu sentiasa dibelakang.. apa saja untukmu akan aku cuba untuk penuhi kerana kau satu-satunya adik kami..(aku & Ham)..



Sabtu, 3 November 2012

Majlis Berjalan Lancar

Majlis akad nikah telah berlangsung dalam pukul 9.30 pagi.. Selepas selesai, berehat sebentar di rumah dan seterusnya ke rumah pengantin perempuan untuk Majlis makan tengahari..


Familyku, adik bongsu je xde..

  
Selesai Majlis Makan Tengahari di Taman Desa Sentosa, Hulu Langat.
Seperti yang pernah aku nyatakan Abahku Kahwin Lagi , so inilah ibu tiri aku yang terbaru.. Semoga berpanjangan dan beroleh kesejahteraan kedua pihak.. so adik beradik kami dah semakin ramai.. dah jadi 8 org adik beradik dan 15 anak saudara..

Hantaran dari pihak perempuan


Semua Hantaran

Belah Pihak Perempuan

Tali Pinggang, Dompet

Kek

Al-Quran dan Pen


Sejadah


Buah-buahan

Bakul yang cantik

Rupa Keknya

Hantaran dah siap !!!

Hantaran siap sepenuhnya pukul 1 pagi.. lepas ambil kek di AU5 dalam pukul 10 mlm  terus siapkan yang lain-lain..


Kek yang di import dari AU5 Keramat, hasil tangan Cik Gee, dia bagi ikhlas aje tak yah bayar apa-apa.. Susah nak cari kawan baik camni.. 

 
Coklat abah beli sendiri


Telekung dari Jalan TAR, KL

Sejadah RM49 dari ALINAS
 
Sisi tepi

Kek Lapiz terbaik

sudah settle

Dah siap



Selasa, 30 Oktober 2012

Persiapan lagi...

Persiapan perkahwinan macam biasa, masih lagi dalam persediaan untuk majlis. Harap perjalanan majlis lancar dan diredhai Allah..

1. Baju Nikah   - Sudah

2. Baju Sanding - Sudah

3. Wang Hantaran - Sudah bank in

4. Hantaran 5 Dulang - Dalam Proses 80%
 
 a) Sejadah
 b) Telekong
 c) Kek Lapiz  - Ehsan dari Cik Gee
 d) Cincin
 e) Coklat


Inilah hasil kerjatangan aku untuk hantaran 5 dulang ini.. harap sedaplah mata memandang, memandangkan aku bukanlah pandai sangat dalam hal ni.. lagi pulak buat sekali-sekala.. belasah jelah..



5. Bilik Pengantin - Belum

Itu saja buat setakat ini.. yang lain akan difikirkan kemudian.. 

Rabu, 24 Oktober 2012

Jemputan kahwin sempena cuti sekolah

Entah dapat pergi ke tidak, tunggu dan lihat...


Majlis Farah Jalilah Jamaluddin bekas staff kat BPAS di Sri Manjung, Perak


Majlis Rizwan bekas staff BPAS, Majlis kat Seremban, N. Sembilan


Majlis anak Kak Jah yang sulung di Putrajaya

Isnin, 22 Oktober 2012

Persiapan Hantaran

Antaranya yang dah siap 80% tapi masih kena touch up ... hantaran diberi 5 berbalas 7, nak kena siap cepat ni.. baru siap yang ni.. nak kena siap sebelum 3 November 2012. Harap boleh siapkan semuanya dengan baik. Malas nak buat over sangat, buat biasa biasa je..



Sejadah

5 dulang 

Telekong 

Isnin, 15 Oktober 2012

Persiapan perkahwinan

Aku yang pecah kepala nak pikir pasal hantaran,
pasal persalinan
ahhhh pasal segala galanya....
Maklumlahhh... anak perempuan aku jelah sorang..
terpaksalah aku yang kena pecah kepala..
kalau dulu kahwin abang aku tapi kali ini..

Mmmm moga perjalanan majlis berjalan lancar...


Selasa, 9 Oktober 2012

Seminar Dakwah Nasional

Menghadiri Seminar Dakwah Nasional bertajuk Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak kekuatan Ummah selama 2 hari di PWTC...Mula-mula sangat bosan sebab ada sangkut sikit pasal politik tapi penceramah yang selanjutnya memang menyeronokkan...




Cik Aiza n Cik Aishah 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...