Ahad, 25 September 2011

3RD BIRTHDAY



HAPPY 3RD BIRTHDAY 'NANA BUJEN'



Sambutan ala kadar tapi tetap sambut ok...

Jumaat, 9 September 2011

Syawal 2011




Syawal datang dah.. tahun ni kami tak berapa  nak sambut sangat sebab tahun pertama arwah mak aku tak ada bersama-sama. Walaupun susah nak terima tapi aku sebagai anak tunggal perempuan terpaksalah aku bersusah payah menyediakan masakan di pagi hari raya.. untuk abah dan abang-abang aku.. kalau tahun-tahun sebelum ini aku hanya membantu mak tapi tahun ni aku sendiri menjadi kapten dapur bagi penyediaan makanan di hari raya.

Masakan tahun ni aku buat rendang kerbau, ketupat segera, lemang segera, sambal sotong, lodeh dan rendang ayam.. nasib baik ada suami yang banyak membantu.. dan kakak ipar yang semacam sudah paham aku perlukan pertolongan semenjak mak dah tak ada ni..

Selain mak dah tak ada aku sedih juga bila suami terpaksa bekerja di hari raya..  so gambar-gambar pun tak berapa nak ada cuma ada yg ini ajer.. apa pun syawal adalah yang terbaik bagi mereka yang berpuasa dan anak-anak adalah lebih seronok menyambutnya dengan segala macam semuanya baru. Alhamdulillah, kami sudah miliki sebuah keluarga yang lengkap..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...