Ahad, 19 Jun 2011

Masa melawat

Hari ni lawat abah kat wad 5B, Hospital Ampang tapi anak-anak tak boleh masuk.. Ketat betul syarat kat situ.. So layan lah dorg kat taman ni..

Jumaat, 17 Jun 2011

Ujian Lagi

Allah telah uji aku banyak perkara,
bertimpa-timpa aku lalui dengan tenang dan tabah hati..
tapi manusia, sekali hati aku telah dilukai memanglah sukar untuk aku sendiri ubati..
Pendamkan perasaan bagai tiada ruang lagi untuk kau menumpang dan berkasih sayang..
Ceh ayat.. Kang ada yang kata aku gaduh ngan laki..
Biasa beb mulut org, citer pasal kasih sayang ke situlah tanggapan diorang..
Apa pun aku sedang berusaha menghadapi dugaan Allah yang Maha hebat ini..
Untuk arwah mak.. Al-Fatihah..

Al-Fatihah

Semalam patutlah macam ramai kat umah tu, mmm salam takziah kat awie..

Abah masuk wad

Dah 10 pm baru dapat masuk wad.. Wad sementara sebab nak tahu keputusan ujian darah, kalau teruk sangat abah kena masuk wad untuk jangka masa panjang.

Khamis, 16 Jun 2011

Daftar Hospital Ampang


Hari ni daftar abah @ Hospitak Ampang .. perjalanan masa yang diambil adalah hampir 5 jam.. dari 3.30 petang sampai 10 mlm baru lah dapat masuk wad. Mata Abah kuning sangat, badan kuning dan perut memang selalu sakit.

Disahkan abah mungkin ada masalah pada hati.

Rabu, 8 Jun 2011

Abah Aku..

Hari ni abah makan pastu muntah-muntah, aku rasa sangat-sangat risau dengan perkembangan ni. Mata abah dah naik kuning dan makannya semakin tak berselera. Pagi ni abah ke Tabung Haji dan dah letak penama. Aku sentap bila abah citer kat aku apa dia buat pagi ni.. Sebelum tu dia pergi klinik kerajaan untuk ambil darah tapi batal sebab abah lupa nak puasa, hari isnin baru buat semula... Ya Allah besar ujian mu..

Apam kukus

Apam kukus pisang den dah siap meh makan.. Time hujan...

Selasa, 7 Jun 2011

Ujian datang lagi..

Aku di uji lagi dan lagi.. Dan lagi... Kali ni abah pulak, kami kesan mata abah yang putih bertukar kuning.. Tanda-tanda sakit pada hati.. Risau dibuatnya.. Sama masalah ni yang arwah mak aku alami masa mula-mula dulu.. Masa mula-mula mak sakit dulu.. Dari mata yang kuning sehinggalah mak terpaksa melakukan pembedahan besar selama 8 jam di hospital selayang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...