Khamis, 17 Mac 2011

Perubahan Daerah BPAS

Sebenarnya banyak sangat cerita-cerita tentang BPAS yang hendak aku ceritakan tapi apakan daya kerja banyak sangat sampai tertangguh untuk bercerita. Memandangkan bos di Admin telah pun bertukar ke Johor Bahru dan Timbalan Pengarah di BPAS juga ditukarkan serta merta tanpa ada berita angin yang dia akan bertukar.  Agak terkejut juga dengan pertukaran serta merta beliau.

Khabar2 angin mengatakan, semua kerana orang dalaman di BPAS ini yang menjadi punca pertukaran ini. Kononnya TP itu salah guna kuasa, tapi bagi aku.. aku tak nampak pun perkara pelik yang timbul. Cuma memang lah TP ni seorang yang mementingkan bajet.. maksud aku agak berkira untuk mengeluarkan bajet yang ada untuk kepentingan BPAS. Kadang-kadang claim yang tak patut dia akan cantas.. tapi pelik juga ada Unit yang diberi perhatian, ada Unit yang macam dilupakan..
Apapun dia adalah yang paling bertanggungjawab dalam soal perbelanjaan dan perjalanan BPAS.. Sanggup pulang lewat untuk menyelesaikan masalah di Bahagian ini..

Di saat-saat akhir TP itu berlaku pulak perkara yang kurang baik di BPAS. Semuanya bertimpa-timpa masalah di sini. Sehingga satu tahap rasa malas nak pergi kerja kerana banyak sangat perkara yang mengganggu fikiran beberapa pegawai.. tapi bukan aku.. aku tetap setia datang dan balik kerja macam biasa.. Siasatan masih belum dibuat dan diselesaikan oleh Pihak bertanggungjawab. Kita Tunggu dan lihat apakah akan berlaku dengan BPAS. Adakah perkara ini akan di ketengahkan atau hanya berakhir di sini sahaja. Semoga pada yang disyaki menjadi tauladan pada semua, apa saja yang kita lakukan fikirkanlah sebelum ia menjadi barah..

Selasa, 15 Mac 2011

Tiba2 Dia menegur KU

Apa yang aku tahu dia memang memusuhi aku sejak lama dulu.. tadi entah bagaimana tetiba pagi tadi dia telah menegur aku cara baik.. bertanya aku dah sarapan pagi ke belum.. Alangkah bahagianya aku rasa kerana bagi aku.. dia tiada apa yang patut aku musuhi walaupun aku tak boleh terima apa yang telah dia lakukan dulu.. Apa pun semoga ada sinar baru .. lagipun aku rasa Allah bersama-sama dengan orang yang dianiaya.. Inilah buktinya..


Rabu, 2 Mac 2011

Lama aku sepi tanpa catatan baru..

Aku sebenarnya banyak sangat problem datang di kala ini.. so aku kurang beri tumpuan kepada blog aku.. lagi pulak blog lama aku dah penuh.. so aku relax sebelum aku mula nak menulis balik.. 1 Mac 2011,aku dah mula tak dapat nak menulis sebab banyak sangat kerja-kerja tertangguh yang perlu aku uruskan kerana pegawai aku tak dapat nak bekerjasama lagi ngan aku.. Timbalan Pengarah ditukarkan serta merta ke Putrajaya atas urusan kenaikan pangkat mungkin.

So banyak sangat kerja yang perlu dibereskan sebelum dia keluar dari BPAS ini.. Lagi pulak BPAS dikejutkan dengan berita-berita kurang enak sejak akhir-akhir ini.. semoga BPAS boleh bergerak seperti selalu.. Janganlah perkara ini nanti akan jadi isu hangat di luar sana.. BAHAYA.. lagi pulak tak mahu nanti banyak spekulasi tidak enak yang akan timbul tentang BPAS..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...