Rabu, 9 November 2016

Abah Pergi Menghadap Ilahi

Ya Allah Maha Suci Mu Ya Allah kau memberikan kami kehidupan dan kematian. Maka kami hambaMu menerima ketentuan Mu Ya Allah..

Sesungguhnya kesejahteraan yg Kau beri bila-bila masa pun Kau tarik balik dari kami.

Aku redha ya Allah dengan ketentuan Mu dan aku berusaha perbaiki diri.. menjadikan diri sangat kuat dan harus kuat menempuh dugaan Mu Ya Allah..

Rindu ku pada abah.. hanya Allah yg tahu.. gegar jiwa bila setiap detik dan waktu sentiasa akan memenuhi ruang dan masa.. senantiasa wajah abah bermain di minda..

Melihat abah dari sakit perut biasa.. sehingga sikit sikit kesihatannya sangat mendukakan aku.. berdoa agar Allah sembuhkan abah kembali sedia kala..

Namun Allah telah menentukan..
Jiwa aku kosong bila doktor. Khabarkan organ dalaman abah rosak dan tak mampu menerima antibiotik yg diberikan..

Menangis aku semahunya.. masa tu tiada siapa di sisi aku untuk memberi semaangat. Aku hadapi seorang diri.. dan aku tabahkan diri berhadapan dgn abah yang semakin tenat. Abah akhirnya menghembuskan nafas yg  terakhir pada 4:40 am 18 Oktober 2016.

Isnin, 28 Disember 2015

Bercuti & Memancing Di Teratak Malaya, Janda Baik, Bentong, Pahang.


Percutian kali ni di taja oleh adik.. tapi sedih sikit sebab ikan tak makan umpan.. 

Apa pun kami happy sangat.. tempat ni cantik dan menenangkan..


TQ kepada penaja kami.. hihihi ada masa belanja lagi.. 



Chalet ni besar.. Katil Single ada 3 dan Katil Queen ada 2..  TV Ada Astro, ada peti sejuk dan tempat BBQ. 

                    
 
Kemudahan kat sini memang A tapi tak semua Chalet Teratak Malaya ada kemudahan Astro dan Peti Sejuk.. sebahagiannya saja.. 

Kawasan mandi manda yg cantik hanya di sini sajer.. yg lain di penuhi semak dan daun daun kering... harap pihak resort lebih prihatin dengan keadaan sungai. Kawasan ni boleh lagi di beri perubahan.. contoh dalamkan sungai ni sikit.. alihkan batu batu.. wujudkan kolam yg membolehkan org dewasa berenang.. baru lah lebih menarik.. 

Kolam ikan ada lebih 2 tapi mcm sunyi tak berapa banyak ikan yg ada.. 

Ikan lampam ke ni.. tak tahulah tapi ni abah pancing kat sungai.. 

Abah repeat kat kolam.. malam tu dekat 2 pagi.. tapi tak ada yang sangkut..

Dah nak balik.. kemas kemas..

Sesekali nak menjobo.. 
Dewan sangat besar.. sesuai untuk aktiviti family day..

Chalet yang kami sewa. Harga RM300 satu malam. Puas hati ada macam-macam. 

Kaunter belum siap.. sedang renovation..
so sesiapa yang berminat buat Kursus @ Seminar di sini memang cantiklah.. banyak chalet disediakan. Boleh terus hubungi di talian 019-6888 240 @ 019-919 2040.. 

Khamis, 24 Disember 2015

Resepi Donut


Bahan2
3 cawan tepung 
1 cawan air suam 
1 paket 11g Yis 
1 biji telur 
3 sudu susu pekat
3 sudu besar marjerin
6 sudu gula

Cara2 
Yis campurkan dalam air suam,  gula, susu
kacau dan biarkan sampai berbuih,
lepas berbuih campurkan telur yg dah dipukul.
sementara tu ramas marjerin dgn tepung.
Kemudian campur bancuhan tadi dalam tepung,
 gaul sebati sampai tak melekat
jadikan doh..
 simpan doh 40 minit 
dalam bekas ditutupi kain lembab
 lepas 40 minit
 doh kembang 
tumbuk bagi hilang angin
 lepas tu buat bulat bulat 
biarkan 10 minit doh kembang
  buat lubang dan goreng
 boleh toping dengan nutella, gula @ madu. 


Happy Anniversary Sayang.. 11 Tahun Bersama.

Walaupun saya diuji pada tahun 2015 dengan hebat, Allah telah menjadikan tahun ini tahun yang banyak memberi pengajaran dan kekuatan buat diri saya... saya bersyukur.. 

25 Februari 2015.. saya telah kehilangan abang sulung.. Akibat kemalangan jalan raya.. 

25 Ogos 2015.. ibu mertua saya pula dijemput Ilahi.. Dugaan bagi saya dan suami.. Berakhirnya penderitaan ibu mertua saya yang terlantar sakit lebih 10 tahun yang lalu. 

24 Disember 2015.. genap 11 tahun menjadi suami isteri.. kami bahagia.. kami dapat harungi kehidupan sebagai suami isteri dengan persefahaman.. dengan kasih sayang.. walaupun kadang-kadang geram.. hahaha.. 

Saya terima seadanya.. dan bersyukur 'papa' terima 'mama' seadanya.. Semoga kasih nan abadi kita lebih utuh sehingga akhirnya.. sama-sama bertanggungjawab menjaga abah dan ayah.. 

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan sayang.. Kenangan Tsunami 11 tahun yg lalu sentiasa di hati kita.. 

Isnin, 21 Disember 2015

Ajlaa Village Resort, Hulu Langat Untuk Si Kaki Pancing

Mancing bersama anak bini memang susah sikit lah.. kena cari tempat yang strategik dan selamat.. kepada penghobi memancing mereka kena pandai cari tempat tempat menarik dan boleh lawati serta menjadikan hobi mereka terlaksana.. sambil anak bini di depan mata..
 
So Ajlla Village Resort ni memang sesuai sangat dengan pencinta joran. Kami ni  suka suka jer.. sebab joran pun kami takde.. harapkan adik saya jer.. 1 joran dicas RM10.. kami bawa 3 joran. lepas mancing kita timbang sekilo RM12..bergantung kepada jenis ikan.. ikan paling mahal ikan patin buah RM200, yg banyak kami dapat ikan talapia bunga.. lepas tu kita masak dan makan ikan segar.. 
Ok chalet RM120 ada, RM130 pun ada.. RM200 pun ada.. yang depan kolam mahal sikit.. tapi tak bestnya tandas kat luarlah.. kemudahan seperti selimut, tuala, tempat memasak, kedai runcit, tidak disediakan di sini. So mana yg takde tu lengkapkan sendiri sebelum datang ke sini. 
 
Selimut dan setokin perlu sebab malam di sini mencecah 22°c walaupun hanya berkipas. Swimming pool sangat sesuai untuk merasai kesejukan air bukit, anak anak pun happy.. 
Malam tu kami rembat pulak ikan keli.. memang terbaik.. lebih 25 ekor ikan keli kami dapat dengan hanya berumpankan roti.. Siang tu kami buat makan tengahari.. 
 
Cuma satulah untuk beberapa chalet tidak disediakan bilik air di dalamnya.. tandas di luar menyukarkan utk kita buang air tambahan malam amat sejuk. So anak2 nak ke tandas kena berteman sbb jarak tandas sgt jauh dan menyukarkan.Terpulang pada anda yg ingin melepaskan gian memancing.. tangkap dan lepaskan.. itukan satu kenikmatan. Tak kisahlah..
So kalau nak datang sini.. hubungi En. Jalal 017-293 1955 atau pun Along 012-622 8726..
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Selasa, 22 September 2015

Pergi Mengadap Ilahi - Dato Othman

Selang 25 hari, bapa mertua abang angah aku pula pergi meninggalkan kami.. sakit sejak setahun lalu.. kanser usus.. Sempat bersama berhari raya di Sabak Bernam yang lalu.. 

Seorang Dato' yang humble.. sangat mesra.. suka dengar cerita-cerita dari beliau dan Datin.. Beliau yg bertanggungjawab membuka Taman Kencana, Ampang dan meratakan lombong disekitarnya. 

Pengalaman balik kampung di Sabak Bernam kenangan terindah, terakhir dan abadi selamanya.. 


Pergi menghadap Ilahi 11:35 pm 18/9/2015 yang lalu dan selamat dikebumikan pada 19/9/2015 di Tanah Perkuburan Taman Teratai. 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-fatihah. 

Selasa, 1 September 2015

Perginya Ibu Mertuaku

25 Ogos 2015 (10:40 am) 

Mak mertuaku telah kembali ke Rahmatullah setelah hampir 12 tahun sakit yang dihidapi.. Semoga Allah merahmati roh beliau yang dikasihi.. 




Pergimu mek sangat mudah.. sampai ayah yang setia berada di sisi pun tak perasaan yg mek telah pergi selamanya. 

Kepada suamiku.. semoga dirimu tabah..    Begitulah rasa kehilangan arwah mak dulu.. tak mungkin dapat berkongsi merasai kehilangan sehingga kita merasainya sendiri.. 

Al- fatihah

Isnin, 3 Ogos 2015

Perginya NorAzli Bin Anorbek


2 Ogos 2015, 11:49 am perginya mengadap Ilahi akibat kanser usus tahap 4..

Baru tersebut namamu kerana ingatkan pokok akuarium ikan yg dikau belikan untuk ku.. 

Semoga pergi mu ke suatu tempat yang aman damai.. Damailah kamu di sana.. Moga syurga tempatmu.. Aminn


Ahad, 19 Julai 2015

3 Syawal 1436h @ hari jadi en.husband

Sampai di Temerloh.. Kg Isteri arwah abanglong Pijan.. 

Last sampai di sini masa kenduri cukur jambul anak perempuan arwah.. Sekarang dah 4 tahun umurnya.. 


Bagaimana Aidilfitri pertama kali tanpa 'abah' ? Hanya yg pernah melaluinya saje dapat merasai saat itu.. Moga Allah bagi ketabahan kepada mereka.. 

Kami merasa kehilangan mereka yang tersayang terutama di Aidilfitri... 

To husband i.. Selamat hari lahir sayang.. Moga Allah beri kesempatan untuk kita membesarkan anak anak dengan penuh kasih sayang.. Hargailah setiap saat yg kita miliki.. InsyaAllah..

Isnin, 22 Jun 2015

Oh Abah, Airmatanya terlalu murah



Mencurah curah air mata bila aku baca apa yang abah tulis.. 
 
Abah perlu tabah hadapi dugaan Allah. Abah kuat..

Sabtu, 20 Jun 2015

3 Ramadhan 1436h

Bertarawih di Masjid Nurussa'adah, Kg Cheras Baru.. Suasana luas berbanding surau.. Surau Islah bersesak-sesak tapi sejuk dan mendamaikan..

Masjid besar luas tapi suasana agak hambar kerana ada jemaah yang membawa anak OKU.. Anak itu telah mengganggu jemaah lain untuk bersolat.. Berlari lari sehingga memijak sejadah jemaah lain.. Bermain dgn adiknya berlari ke sana sini.. Sewaktu jemaah sedang menunaikan solat.. tak kusyuk kerana itu.. Apa pendapat ustaz tentang perkara itu?



Melatih kyra & karina untuk menjejak kaki ke Masjid dan surau.. Semoga aku dapat mendidik mereka perlahan-lahan. 

Khamis, 18 Jun 2015

1 Ramadan 1436h

Berpuasa hari ni
Indah cuaca hujan ditengahari menyejukan perasaan dan hati... 

Menemani Husband ke Hospital Ampang membawa ayahnya yg sakit.. 
Melihat gelagat ahli ahli penghuni hospital dan kakitangan.. 

Dan begitulah 1 Ramadan berakhir.. 


Rabu, 17 Jun 2015

Terawih di Surau Al Islah, Kg Cheras Baru

Alhamdulillah ramai jemaah malam ni.. Syukur pada Mu Ya Allah yang memberi kesempatan kepada ku.. Menunaikan Solat Sunat Terawih.. 

Sebelum terawih tadi diadakan tahlil.. Kata AJK surau.. Setiap malam akan diadakan tahlil arwah.. Alhamdulillah.. 

Tahun ni bawa bebudak sekali join.. Terkejut beruk "mama kenapa sembahyang banyak kali?"

Selasa, 2 Jun 2015

@ Desa Balqis Beach Resort, Melaka ~ Birthday Danish












Happy Birthday to anak buah mama yg paling tua.. Anak yg bijak, baik, soleh semoga jadi ikutan kepada adik-adikmu yang lain..


Sabtu, 16 Mei 2015

Birthday Haris 14 May 2015


Pengubat rindu kami dengan arwah abijan (abang long) adalah anak anak arwah.. Mereka kenangan terindah, mereka tempat kami curah kasih sayang.. 

Haris Anma anak sulung arwah.. Moga Allah merahmati anak yatim ini dan jadikan Haris anak yang soleh. 

Semoga isteri arwah tabah menghadapi dugaan Allah.. diberi kekuatan untuk mengharungi kehidupan.. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...